Wednesday, 3 June 2015

Mari meronda Dunia Kelantan Bersama Saya


Ramai pengunjung blog CutiKelantan.com dan juga fans dari FB kami meminta senarai tempat-tempat menarik, restoran best dan cadangan lain untuk dimasukkan dalam jadual mereka semasa bercuti di Kelantan. Jadi, bagi memudahkan anda merancang dan mendapatkan idea terbaik, kami sediakan cadangan tempat tempat yang mesti dilawati di Kelantan.
Cadangan jadual yang kami disediakan adalah untuk 3 hari 2 malam yang paling ideal berdasarkan pengalaman kami sebagai warga Kelantan sendiri. Namun, anda bebas memilih dan memindanya bergantung kepada kesesuaian percutian anda.

HARI PERTAMA
Katakan anda sampai di Kota Bharu, Kelantan pada waktu pagi. Sebelum check-in hotel atau guesthouse pada jam 2.30 petang, anda bolehlah bersarapan terlebih dahulu. Antara kedai sarapan yang mesti di cuba di Kota Bharu ialah Kopitiam Kita, Nasi Kak Wok, Nasi Ayam Kampung dan lain-lain. Baca lebih detail senarai tempat breakfast yang popular di Kota Bharu. Jika tidak pun, boleh sahaja breakfast di mana-dimana kerana Kota Bharu sangat banyak tempat bersarapan yang sedap-sedap.

Sesudah breakfast, anda boleh berehat dahulu di Masjid Muhammadi (antara masjid negeri yang tertua di Kelantan). Berdekatan masjid ini terdapatnya tempat tumpuan utama pelancongan Kelantan iaitu di Kota Sultan Ismail Petra. Anda boleh berjalan kaki untuk bersiar-siar. Antara yang popular ialah Menara Rehal, Muzium Kraftangan, Bank Kerapu, Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Muzium Balai Besar dan pelbagai lagi. Baca artikel Kota Ismail Petra ini untuk lebih detail.


Kota Sultan Ismail dan pelbagai monumen bersejarah


     Setelah bersiar-siar sehingga waktu tengahari, anda boleh makan tengahari di restoran popular berdekatan iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan. Dicadangkan menjamu selera antara jam 11.00 pagi – 1.00 ptg untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai.
   
   Setelah kenyang, anda bolehlah check-in  di hotel dan berehat. Pada waktu petang, berkunjunglah ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Dalam perjalanan ke PCB, ada banyak gerai menjual jagung rebus. Jadi, belilah untuk dibawa ke pantai. Di pantai, anda boleh bersiar-siar menikmati angin pantai dan boleh mencuba makanan seafood ‘goreng-goreng’ di gerai berdekatan.

     Setelah sepetang berada di pantai, perut pun mesti sudah lapar, jadi inilah masanya untuk makan malam. Terlalu banyak pilihan makan malam di Kelantan. Jika anda dari PCB, tempat makan popular yang terdekat ialah di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh yang menyediakan menu ikan bakar dan juga steamboat “chim chum”. Jika sukakan masakan panas dan tomyam popular, boleh berkunjung samaada di Restoran Horizon Garden, Restoran Four Seasons, Restoran Shafie, Restoran Sri Cheng Mai, Restoran Syam dan Restoran Sri Cerana . Jika mahu mencuba nasi kerabu Kelantan yang best, berkunjunglah ke Restoran Yati Ayam Percik. Dicadangkan makan malam antara jam 7.00 ptg – 9.00 mlm untuk mengelakkan kesesesakan orang ramai diwaktu cuti sekolah.

     Usai makan malam, penuhilah malam anda dengan bersiar-siar pula di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.  Pasar ini adalah pasar malam 24 jam yang sangat meriah terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu. Lihatlah pelbagai ragam peniaga dan pembeli di pasar ini.

Wakaf Che Yeh

Hari pun sudah lewat malam, semestinya anda penat dan bolehlah balik ke hotel dan tidur untuk aktiviti esoknya.

HARI KEDUA
Setelah bersarapan di hotel (jika tidak, bersarapanlah di luar dengan memilih senarai tempat sarapan sedap di atas), kemudian terus ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang. Jarak Kota Bharu dengan Rantau Panjang adalah 40km. Sebenarnya ada satu lagi tempat shopping popular yang lain iaitu di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Kami lebih prefer Rantau Panjang kerana lebih banyak pilihan, kawasan pula lebih luas. Di Rantau Panjang, anda boleh membeli pelbagai barangan seperti jersey bola, toto, pinggan mangkuk import dan pelbagai lagi.

Rantau Panjang

Dalam perjalanan ke Rantau Panjang, anda boleh singgah sebentar membeli Serunding Daging Sabariah yang popular di Pasir Mas. Lihat rumah hijau di tepi jalan setelah melalui roundabout lemal, Pasir Mas.

Apabila sudah puas berada di Rantau Panjang dicadangkan solat dan berehat sebentar di Masjid Beijing yang unik terletak di Rantau Panjang.

Jika anda memilih untuk ke Pengkalan Kubor pula, boleh terus ke Pengkalan Kubor setelah bersarapan pagi. Dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor dari Kota Bharu, anda akan melintas beberapa tokong Budha yang besar seperti tokong  Wat Photivihan, iaitu patung budha tidur paling besar di asia tenggara. Jika berkesempatan, bolah sahaja singgah untuk mengambil gambar.

Di Pengkalan Kubor, barangan yang patut dibeli juga seperti di Rantau Panjang. Jangan lupa mencuba pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Selesai di Pengkalan Kubor, waktu petang, bolehlah pergi pula ke Pantai Geting di Tumpat, berdekatan dengan Pengkalan Kubor. Pantai Getting lebih meriah dan suasana juga mendamaikan.

Balik ke hotel dan berehat. Malamnya, boleh makan malam dengan memilih restoran makan malam yang popular.

HARI KETIGA
Jika hari ketiga hari terakhir anda, anda boleh check in lebih awal sebelum ke Pasar Siti Khadijah. Di Pasar Siti Khadijah, beli ole-ole seperti keropok segera, keropok mentah, serunding daging, dodol. Pilihan kain batik yang berkualiti juga boleh didapati disini. Pada masa yang sama boleh breakfast di Pasar Siti Khadijah iaitu di medan selera tingkat 1.

Pasar Siti Khadijah Kelantan

Setelah puas di Pasar Siti Khadijah, anda dicadangkan berkunjung pula ke Bazar Tok Guru, di sini ada pilihan terbaik untuk shopping pakaian dan kain seperti pelbagai jenis tudung wanita, kain pasang, kain pelikat lelaki, kain sembahyang perempuan dan pelbagi lagi. Harga di Bazar Tok Guru antara yang termurah boleh anda dapati di Kelantan. Gunakan kepakaran anda untuk ‘nego’ harga untuk dapat harga yang lebih murah.

Bazar Tok Guru Kota Bharu

Antara tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi jika berkesempatan ialah:
Kompleks KBMall – Kompleks membeli-belah moden yang menjadi salah satu landmark Kota Bharu
Kampung Laut – Menyeberangi Sungai Kelantan untuk ke Kampung Laut. Kampung Laut tempat perusahaan sambal daging dan juga mempunyai beberapa tarikan pelancongan seperti wayang kulit dan kraftangan.
Tok Bali – Berkunjung ke terminal pendaratan ikan Tok Bali dan juga pantai Tok Bali.
Taman Air Splash – Beriadah sambil bawa anak anda mandi kolam di Splash Taman Indera Petra.
Taman Tengku Anis – Beriadah di waktu petang di Taman Rekreasi Tengku Anis.

Jika anda bercuti pada musim cuti sekolah di Kelantan, boleh semak dahulu calendar pelancongan kerana jika berpeluang, anda boleh hadiri pelbagai program dan aktivti yang dianjurkan di Kelantan seperti Pesta Wau Antarabangsa dan lain-lain lagi. Lihat calendar aktiviti di Kelantan dengan klik link Kalendar Program di Kelantan

“Selamat bercuti di Kelantan Darul Naim“

Friday, 29 May 2015

Menghirup Udara Segar Pantai Tok Bali, Kelantan


  • Misteri Pantai Tok Bali, Kelantan. 
Pantai Tok Bali, Kelantan sebuah destinasi menarik untuk dikunjungi. Sehingga kini, masih ramai yang tidak mengetahui asal usul nama Tok Bali, Kelantan. Pelbagai versi cerita yang timbul mengenai asal usul nama kawasan yang terkenal dengan pesisir pantai yang cantik dan kawasan perikanan ini. Kononnya, ia berasal dari pokok bali, limau bali dan juga Bali, Indonesia. Namun, kisah yang sering menjadi buah mulut masyarakat setempat adalah kisahnya yang bersempena dengan seorang nelayan berasal dari Bali, Indonesia yang memasuki perairan pantai Kelantan dengan perahu. Perahunya karam dan dijumpai terdampar di persisiran pantai. Penduduk tempatan yang tinggal berhampiran menemui nelayan malang itu dan mempelawanya untuk tinggal di situ. Nelayan itu tinggal di situ selama beberapa tahun sebelum kembali semula ke Bali, Indonesia.

Maka, dari situlah kawasan tersebut diberi nama Tok Bali, yang merujuk kepada nelayan dari Bali, Indonesia. Kisah ini difahamkan berlaku pada beberapa abad yang lalu. Kesahihan kisah ini masih diselubungi misteri.


  • Tok Bali?
Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Sebut sahaja ikan Tok Bali, ramai warga Kelantan yang mengakui kesegaran ikan yang ditangkap nelayan tempatan. Pasar basah Tok Bali atau dikenali pasar TIBA (Terminal Ikan Bali) sering menjadi tumpuan bagi mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan, udang dan sotong.



Pemandangan di bawah jambatan Tok Bali



Tok Bali Bay - Bangunan berhampiran pasar



Pasar Ikan Segar di Tok Bali – tempat ikan didaratkan oleh nelayan tempatan


  • Keistimewaan untuk si kaki pancing.
Bagi kaki pancing tegar, bolehlah menaiki bot sewa atau persendirian untuk memancing di tengah laut. Malah, ada juga yang turun memancing dengan ‘speed boat’ di perairan Tok Bali dan di kawasan muara sungai bersebelahan jambatan Tok Bali. Berkelah sambil memancing bersama keluarga. Sungguh mengujakan. Bagi yang pernah merasai pengalaman memancing di Tok Bali pasti tidak sabar ingin berkunjung semula ke Tok Bali.

Selain kawasan perikanan, tumpuan utama Tok Bali sudah tentulah destinasi pelancongan yang menarik. Antara landmark utama ialah replika kapal serta jambatan melengkung kira-kira 300 meter panjang dan tinggi 100 meter bagi membolehkan bot nelayan melaluinya. Di kawasan pesisir pantai sepanjang kuala sungai itu juga merupakan lokasi sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pesisir pantai yang cantik disaluti pasir yang putih serta landai semestinya menarik pengunjung untuk bercuti merehatkan minda.


Replika Bot Nelayan di Tok Bali


  • Inginkan tempat penginapan?
Jika anda ingin bercuti di Tok Bali, terdapat resort popular bertaraf empat bintang, iaitu Tok Aman Beach Resort yang semestinya memberi ketenangan dan keseronokan apabila berkunjung ke Tok Bali Kelantan. Selain Tok Aman, terdapat beberapa lagi chalet persendirian yang terdapat di kawasan berhampiran. Antaranya Dee Wana Resort dan Bali Beach Village Resort. Namun, jika anda ingin menginap di luar kawasan Tok Bali, terdapat juga resort lain yang tidak kurang hebatnya seperti Sudara Resort, Permai Chalet, Seri Nipah dan juga Villa Danialla yang terletak di jalan Pantai Melawi-Tok Bali. Resort-resort ini semua berada di pesisir pantai mengadap Laut Cina Selatan.

  


Suasana di Tok Aman Bali Beach Resort

  • Penat berjalan, perut minta diisi?
Dengan adanya pelbagai resort pilihan, tidak lengkap jika tiada restoran kegemaran ramai di kawasan berhampiran untuk dikunjungi. Terdapat beberapa restoran di tepi jalan yang dibuka bermula waktu petang sehingga lewat malam. Suasana malam juga lebih meriah di waktu musim cuti sekolah. Alemy Maggi Ketam serta Juara Ikan Bakar Tok Bali adalah dua restoran yang agak terkenal yang menjadi tumpuan pelancong domestik mahupun penduduk setempat.


 

Maggi Ketam Alemy yang menjadi kegilaan ramai


  • Nak pergi? Ini lokasinya
  1. Dari Kota Bharu Kelantan – Perjalanan dari bandar Kota Bharu ke Tok Bali mengambil masa 45 minit pemanduan dengan jarak 45 km melalui Bachok atau Pasir Puteh.
  2. Dari Kuala Besut Terengganu – Jika anda dari Terengganu, boleh menuju ke Kuala Besut yang juga merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian. Dari Kuala Besut boleh terus menuju ke Tok Bali yang jarak hanya 12 km.

  • Nak lagi senang? Ini petanya



Lakaran peta Tok Bali dari Resort Tok Aman


                     https://www.youtube.com/channel/UCxUGkMW4vWmR1wYtpjUTZiA

Jom pi Kedah

 PANTAI MERDEKA, SUNGAI PETANI
Merdeka Beach Sungai Petani Kedah





Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar.

Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.

Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu Selain itu, tarikan yang lain adalah makanan yang terkenal di pantai merdeka.











Pantai Merdeka Dalam Daerah Kuala Muda



Friday, 15 May 2015

KUNDASANG, RANAU SABAH

Kundasang merupakan pekan kecil di Ranau, Sabah yang terkenal sebagai salah satu tempat percutian yang menarik. Ini disebabkan ia berhampiran dengan Taman Negara Kinabalu atau Kinabalu Park yang dijadikan tempat untuk permulaan pendakian bagi para-para pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.




Di sini juga terkenal kerana ia merupakan laluan utama ke Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Kerana itu, ia dijadikan salah satu tempat penjualan sayur dan buah-buahan segar yang ditanam oleh penduduk Kundasang sendiri.






TEMPAT PENGINAPAN YANG MENARIK





Banyak Resort, Homestay dan Hotel-hotel kecil di sini. Untuk percutian, anda boleh menginap di sebuah Homestay atau resort yang disediakan di Kundasang. Sejuk? Memanglah.. Pegang airpun rasa macam tidak sanggup tapi tidak rugi anda menginap di sini..Paling seronok, bangun-bangun pagi ja nampak sudah Gunung Kinabalu yang cantik tu tau..





TEMPAT MENARIK YANG BOLEH ANDA LAWATI
Antara tempat-tempat yang boleh dilawati sekitar Kundasang dan Ranau adalah Kolam Air Panas, Poring dan Desa Dairy Farm. Poring merupakan kawasan tadahan air panas. Di sini, ada banyak kolam-kolam kecil yang mana airnya mengalir dari gunung dan daripada kolam air panas...




Ada juga terdapat tempat untuk menginap di sini, kolam mandi berbayar yang terbuka dan tertutup. Cuma masa cuti sekolah, Poring ni cepat akan penuh sebab ramai orang datang untuk bermandi manda. So, kalau mahu ke Poring silalah gerak awal sikit dari rumah  yer..



Yuran untuk masuk ke Poring adalah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak di atas 7 tahun. Begitu juga harga yuran untuk masuk ke kolam mandi berbayar.


DESA DAIRY FARM
Seterusnya, anda boleh meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. Tempat ni adalah ladang susu lembu milik Desa Sdn Bhd. Di sini anda boleh lihat proses pemerahan susu lembu dan juga berpeluang untuk memberi makan dan susu kepada anak-anak lembu dan kambing. Yang paling siok, pemandangan dia sangat-sangatlah cantik. Selalu orang cakap sini macam di New Zealand tau..





                                                                             
Jika anda ingin bercuti di Kundasang dan kawasan Ranau ini, saya ingatkan untuk membawa kereta kerana kawasaan-kawasan yang boleh dilawati berada jauh di antara satu sama lain. Antara tempat yang boleh anda lawati adalah :



Strawberry Farm 
          


Taman Kota Kinabalu

                                       
              








Mari bercuti di Kundasang,Ranau mesti tidak rasa rugi, best giler tempat ni tau, 
Apa-apa pun saya nak ucapkan

 "Selamat bercuti semua"